Be the first to like this.
0 comment(s).
No result.
1
2
3
TA Sector Research
4
Good Articles to Share
What’s behind the slew of restaurant bankruptcies in 2024? Experts unpack the problems
5
M+ Online Research Articles
6
Koon Yew Yin's Blog
7
Good Articles to Share
8
MQ Market Updates
#
Stock
Score
Stock Name
Last
Change
Volume
Stock Name
Last
Change
Volume
Stock Name
Last
Change
Volume
Stock
Time
Signal
Duration
Stock
Time
Signal
Duration
CS Tan
4.9 / 5.0
This book is the result of the author's many years of experience and observation throughout his 26 years in the stockbroking industry. It was written for general public to learn to invest based on facts and not on fantasies or hearsay....
Posted by alenac > 2013-05-23 21:13 | Report Abuse
Isytiharkan tanah rizab Melayu di bandar' 11:01AM Mei 23 2013 Pada 12 Mei, Malaysiakini melaporkan ucapan bekas hakim Datuk Mohd Noor Abdullah dalam "Wacana Post Morterm PRU-13: Bicara Kepimpinan dan Survival Ummah". Mohd Noor Abdullah dilaporkan menyeru golongan Melayu agar bertindak dengan lebih agresif untuk mempertahankan hak mereka serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei. Beliau membuat seruan demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha untuk merampas kuasa politik. Ekoran kenyataan itu, beliau mendapat kritikan keras pelbagai pihak, termasuk oleh Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkannya mengatasi kumpulan pelampau Ku Klux Klan di Amerika Syarikat. Gabungan NGO-NGO Malaysia dalam kenyataannya pula mendakwa, laporan Malaysiakini berhubung perkara itu tidak tepat, berniat jahat dan bertujuan melaga-lagakan keharmonian dan perpaduan kaum. Mereka mendakwa kenyataan itu dimanipulasikan oleh wartawan dan berita itu hanyalah segmen-segmen kecil yang dipilih-pilih berdasarkan ucapan penuh Mohd Noor yang berdurasi hampir 60 minit. Justeru, bagi membantu pembaca mendapatkan gambaran sebenar, berikut transkrip penuh ucapannya berdasarkan rakaman audio dalam wacana itu. Di bawah ini bahagian kedua daripada tiga bahagian: Orang Cina must bear the consequences of the Malay backlash oleh kerana sudah dapat kekayaan negeri. Kuasa ekonomi sudah pegang, hendak kuasa politik pula. Dilembikkan apa yang ada pada Melayu ini. Macam mana jadi begitu? Mana maruah kita? Mari kita bertindak agresif, perlembagaan menyatakan, tanah rizab Melayu yang telah diisytiharkan sebelum merdeka wujud sampai bila-bila, dan kalau dicabut (atau) dikeluarkan, tambah lagi. Lepas merdeka ini, menteri besar dan exconya boleh lagi mengisytiharkan kawasan-kawasan Melayu ikut jaminan perlembagaan. Apa kita boleh buat? Pertama, tanah rizab Melayu hendaklah diisytiharkan di kawasan-kawasan bandar supaya orang Melayu boleh memiliki rumah, bukan saja memiliki rumah tetapi berniaga di kawasan bandar yang selama ini dimiliki oleh orang Cina. Istilah cantiknya ialah "menyusun semula masyarakat", itu istilah cantik. Istilah kasarnya, berhijrahnya orang Melayu ke bandar supaya rumah-rumah yang ada di bandar itu, sama-sama kita memilikinya dengan orang lain, bukan kita sekadar melihat saja. Kedua, isytiharkan tanah rizab Melayu, bagi orang Melayu berladang dan menternak kerana perlembagaan mengatakan, menteri besar boleh isytiharkan tanah rizab Melayu di mana-mana saja. Kalau begitu, cari tanah yang cantik untuk orang Melayu bercucuk tanam dan berladang. Jangan seperti sekarang, lima ekar, 10 ekar sahaja, tidak. Kalau bukit itu ada batu, berikan orang Melayu buat kuari.... Begitu juga kawasan berternak. Kalau ada kawasan seperti Genting Highlands atau Gunung Ansi di Negeri Sembilan, untuk kawasan peranginan, isytiharkan sebagai kawasan tanah rizab Melayu untuk orang Melayu membuat kawasan pelancongan dan peranginan. Jadi kita ini bukan sekadar memerhatikan, kita punya! Buat macam itu. Saya gunakan istilah agresif saya. Kenapa tidak? Tanah rizab Melayu ini kita susun atur, kita agih-agihkan di tempat-tempat untuk menjamin majoriti kawasan Melayu dan untuk masa depan PRU seterusnya. Ini cakap agresif, supaya, mana kawasan Melayu diletakkan, letakkan supaya menjamin kawasan itu kawasan hijau. Fasal 153, kedudukan istimewa orang Melayu, sudah 56 tahun berlalu kita masih memiliki tak sampai 20 peratus (ekonomi) negara ini. Kenapa? Jadi saya agresif dan katakan, susunlah strategi supaya dalam masa 10 tahun ini, Agong mengarahkan badan-badan, pihak berkuasa berkenaan untuk menjamin supaya kekayaan negara ini dimiliki 67 peratus (Melayu) dalam tiga bidang. Fasal 153 ini menjamin supaya Melayu berada pada tahap yang selesa sepatutnya, dalam bidang pelajaran, perkhidmatan awam dan perniagaan. Jadi, susun strategi, daripada hari ini, seeloknyalah, kalau tidak dari semalam lagi. Segala perniagaan sudah ada 67 peratus untuk orang Melayu ambil sahaja bila-bila masa. Apa perniagaan yang ada sekarang ini, dah ditetapkan 67 peratus untuk Melayu ada di sana. Nak berniaga esok, minta lesen dapat. Kenapa hendak tunggu lagi, minta nak pertimbangkan, tidak. Agong mempunyai hak untuk mengarahkan pihak berkuasa yang wajib untuk menentukan kadar peratusan Melayu sekian banyak. Jadi kalau katakan SPAD mengarahkan teksi di seluruh KL ini sekian banyak, untuk Melayu sekian banyak, (kalau ada) masih kosong lagi, Melayu hendak bawa teksi, buat sekarang, tak payah tunggu lagi. Sepatutnya begitu dalam apa (pun) jenis perniagaan. Tapi janganlah berniaga setakat bawa teksi saja. (Perlu buat) dari peringkat pengeluaran sehingga downstream. Supaya jangan kita hendak buat rumah, hendak cari zink pun tak dapat cari. Papan pun tak dapat hendak cari. Tak boleh. Macam kuari tadi, satu bukit itu tanah rizab untuk Melayu saja. Nak batu minta, pergi ke sana, sudah ada.