Update

SNS Network Technology Sumbang Komputer Riba JOI Sebagai Inisiatif Membantu Transformasi Pendidikan

MHAB1990
Publish date: Mon, 12 Jun 2023, 03:52 PM

SNS Network Technology Sumbang Komputer Riba JOI Sebagai Inisiatif Membantu Transformasi Pendidikan

​Kumpulan sumbang 1,000 buah komputer riba kepada sekolah sempena lawatan Jerayawara Pendidikan MADANI

IPOH, 12 JUN 2023SNS Network Technology Berhad ("SNS " atau "Kumpulan"), penyedia produk, perkhidmatan dan penyelesaian ICT, dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Kumpulan menyumbang 1,000 komputer riba di bawah projek JOI for All untuk membantu pelajar di Malaysia untuk mengakses alatan pendidikan dalam talian serta memastikan mereka membiasakan diri dengan teknologi.


From L-R: Mr Ko Yun Hung, Managing Director of SNS, Dr Norisah Suhaili, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia Sektor Operasi Sekolah, YB. Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia and Encik Hardian Hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Didik Negara.


Projek JOI for All adalah sebahagian daripada inisiatif seluruh negara Kumpulan untuk menyediakan peranti dan penyelesaian ICT kepada sekolah sebagai sebahagian daripada transformasi digital sistem pendidikan Malaysia yang menggabungkan teknologi yang membolehkan pelajar mengakses alat dan pengetahuan pembelajaran dengan lebih baik. Sumbangan terbaru itu diadakan di bawah naungan platform Jerayawara Pendidikan MADANI.

Jerayawara Pendidikan MADANI di bawah Kementerian Pendidikan (“KPM”), anjuran Yayasan Didik Negara, telah dilancarkan pada akhir Mac 2023 untuk memupuk hubungan dengan warga KPM serta mengumpul maklum balas dan kebimbangan daripada komuniti pendidikan mengenai pelbagai isu berkaitan sistem pendidikan negara.

JOI ialah jenama peranti dalaman Kumpulan yang dilancarkan pada 2014 dan merangkumi rangka kerja bilik darjah pintar JOI yang dilancarkan pada 2016 yang menyepadukan rangkaian luas ciri untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran yang berkesan, serta meningkatkan interaksi dan kerjasama dalam institusi pendidikan.


Pengarah Urusan SNS, Ko Yun Hung


Pengarah Urusan SNS, Ko Yun Hung menyatakan bahawa kaedah pengajaran tradisional telah berubah secara beransur-ansur apabila teknologi diterima pakai, dengan kemudahan dan akses kepada pelbagai alat dan maklumat pendidikan yang membawa manfaat besar kepada guru dan pelajar. “Melalui teknologi pendidikan, pelajar mempunyai akses kepada sumber pendidikan yang memperkayakan lagi pengalaman pembelajaran mereka. Selain itu, dengan penggunaan internet, pelajar dapat bertukar-tukar ilmu dan budaya dengan orang lain yang berbeza latar belakang. Ini adalah sejenis pengalaman yang tidak boleh didapati dalam buku.”

“Oleh itu, kami percaya teknologi memainkan peranan penting dalam pendidikan masa kini. Lebih-lebih lagi pada abad ke-21 ini, kebolehan menggunakan teknologi dengan bijak adalah antara kemahiran yang perlu dikuasai oleh generasi akan datang. Jadi, menyepadukan teknologi dengan pendidikan ialah cara yang berguna untuk melengkapkan pelajar dengan celik komputer sejak awal, dan menggalakkan mereka berfikir di luar kotak untuk inovasi.”

Jelajah terbaru Jerayawara Pendidikan MADANI telah diadakan di Alor Star, Kedah, dan dihadiri oleh Menteri Pendidikan, YB. Puan Fadhlina Sidek, serta pegawai-pegawai kanan KPM yang lain, ketua masyarakat, guru-guru dan pelajar.

Related Stocks
Market Buzz
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment