Update

DC HEALTHCARE UMUM PEMBUKAAN CAWANGAN BAHARU DI JOHOR BAHRU DAN IPOH

MHAB1990
Publish date: Wed, 21 Feb 2024, 01:58 PM

DC HEALTHCARE UMUM PEMBUKAAN CAWANGAN BAHARU DI JOHOR BAHRU DAN IPOH

Kumpulan Memperkukuh Kehadiran Seluruh Negara dengan Pembukaan Cawangan dengan Kemudahan Terkini


KUALA LUMPUR, 21 FEBRUARI 2024 DC Healthcare Holdings Berhad ("DC Healthcare" atau "Kumpulan"), penyedia perkhidmatan perubatan estetik yang mengkhusus dalam penyediaan prosedur tidak invasif dan invasif minimum,  mengumumkan pembukaan cawangan baharu di Johor Bahru (Taman Molek), dan Ipoh (Bandar Seri Botani). Kemudahan baharu ini menekankan komitmen berterusan DC Healthcare untuk meluaskan jangkauan dan menjadikan rawatan estetik terulung lebih mudah diakses di seluruh Malaysia.

Dilengkapi dengan teknologi estetik termaju dan dikendalikan oleh pasukan profesional berpengalaman, cawangan baharu ini mencerminkan dedikasi DC Healthcare terhadap kecemerlangan dan penjagaan berpusatkan pesakit. Pengenalan kemudahan ini sejajar dengan visi strategik Kumpulan untuk meningkatkan portfolio perkhidmatannya dan mengukuhkan kehadiran dalam industri perubatan estetik.


Pengarah Urusan DC Healthcare, Dr. Chong Tze Sheng


Dr. Chong Tze Sheng, Pengarah Urusan DC Healthcare, berkongsi pandangannya mengenai pengembangan ini berkata, "Perasmian cawangan baharu kami di Johor Bahru dan Ipoh, merupakan peristiwa penting dalam perjalanan pertumbuhan kami. Perkembangan ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan perkhidmatan kami tetapi juga membawa kami lebih dekat dengan pelanggan kami, menawarkan mereka akses yang tiada tandingan kepada penyelesaian estetik peringkat teratas. Kami teruja dengan masa depan dan kekal komited untuk menerajui bidang perubatan estetik di Malaysia dan seterusnya."

Ketika DC Healthcare terus menavigasi landskap perubatan estetik yang berkembang, inisiatif strategiknya dengan pengembangan cawangan, meletakkan Kumpulan dengan baik untuk kejayaan dan kepimpinan yang mampan dalam industri.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment