MY Corporate Updates

Resintech Bhd Cadangkan Pengeluaran Bonus Saham dan Waran, untuk 3 bonus dikeluarkan dengan 1 untuk 2 waran percuma

kfcmailman
Publish date: Fri, 01 Apr 2022, 06:43 PM

Resintech Bhd Cadangkan Pengeluaran Bonus Saham dan Waran, untuk 3 bonus dikeluarkan dengan 1 untuk 2 waran percuma

KUALA LUMPUR (1 APR): Resintech Berhad (Bursa: RESINTC, 7232), sebuah penyedia berintegrasi penuh bagi produk polietilena dan polivinil klorida tanpa plastik (uPVC), hari ini mencadangkan pengeluaran bonus sehingga 50,308,463 saham biasa baru berdasarkan kepada 1 saham bonus bagi setiap 3 saham Resintech sedia ada serta mencadangkan pengeluaran bonus sebanyak 100,616,926 waran percuma berdasarkan kepada 1 waran bagi setiap 2 saham Resintech sedia ada.

Tarikh kelayakan bagi pengeluaran bonus saham biasa baru akan ditentukan dan diumumkan kemudian oleh Lembaga Pengarah Resintech (Lembaga Pengarah) manakala tarikh kelayakan bagi pengeluaran bonus waran percuma akan ditentukan dan diumumkan kemudian oleh Lembaga Pengarah berdasarkan kepada nama-nama pemegang saham yang tercatat dalam rekod pemegang sekuriti Syarikat.

Saham bonus itu akan menentukan kelayakan kepada waran bonus memandangkan waran yang dicadangkan itu akan dilaksanakan apabila selesai pengeluaran saham bonus yang dicadangkan.


Dato’ Dr. Teh Kim Poo, Pengarah Urusan Resintech Berhad

Pengarah Urusan Resintech, Dato’ Dr. Teh Kim Poo berkata, “Cadangan pengeluaran bonus saham dan waran itu adalah sebagai ganjaran kepada pemegang saham kerana peningkatan jumlah saham tidak membawa apa-apa kos kepada pemegang saham sedia ada manakala waran berkenaan akan membolehkan mereka mengambil bahagian  daripada derivatif saham Syarikat secara tanpa kos dan pada masa yang sama memberikan mereka peluang untuk meningkatkan penyertaan ekuiti melalui waran mereka.”

“Pengeluaran bonus juga akan menambah baik kecairan perdagangan saham Resintech melalui peningkatan jumlah saham yang dikeluarkan manakala waran akan mengukuhkan asas modal Syarikat dan dana pemegang saham apabila dan ketika ia digunakan.”

Resintech baru-baru ini menandatangani Memorandum Persefahaman untuk memiliki 30% pegangan dalam 

Bionutricia Holding Sdn. Bhd. (Bionutricia) daripada pemegang saham berkepentingan yang bernilai RM8.7 juta.

Bionutricia adalah firma bioteknologi yang mengkhusus kepada pengeluaran dan pengkomersialan ekstrak berasaskan tumbuhan dan buah-buahan dan fraksi aktif daripada herba tempatan melalui proses bioteknologi nano termaju.

 

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment