MY Corporate Updates

Malaysian Genomics Resource Centre Raih Kontrak Pemantauan Covid-19

kfcmailman
Publish date: Mon, 04 Apr 2022, 03:04 PM

Malaysian Genomics Resource Centre Raih Kontrak Pemantauan Covid-19

PETALING JAYA (4 Apr): Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (Malaysian Genomics, Bursa: 0155), pakar genom dan biofarmaseutikal utama, baru-baru ini dianugerahkan dengan kontrak pemantauan COVID-19 oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), bahagian penyelidikan bioperubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Malaysian Genomics adalah satu daripada makmal swasta yang digunakan oleh IMR sebagai penyumberan luar bagi pemantauan genom SARS-CoV2.

Dato’ Alvin Nesakumar, Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics Resource Centre

Dato’ Alvin Nesakumar, Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics, berkata, “Kami berbangga dapat menyokong IMR dan KKM dalam usaha penting bagi memantau evolusi virus COVID-19, varian dan sub variannya. Dengan kepakaran dan pengetahuan kami dalam bidang genom dan bioinformatik, kami akan dapat membantu IMR menjejak dan mengesan virus dan apa-apa varian yang dibimbangi yang perlu Kerajaan ketahui, sebagai persediaan.”

Malaysian Genomics, yang makmal selnya adalah milik persendirian dengan kemudahan BioSafety Level 2 (BSL-2) di Malaysia dengan pensijilan Current Good Manufacturing Practice (cGMP), sedang bersedia menjadi penyedia penjagaan kesihatan utama melalui pengeluaran sel CAR T bagi imunoterapi kanser pepejal, serta perkhidmatan kejuruteraan sel lain. Pensijilan BSL-2 dan cGMP menunjukkan bahawa kemudahan makmal berkenaan menggunakan kaedah ketat bagi standard pengurungan bio dan persekitaran makmal ultra tulen bagi melakukan kerja-kerja ke atas sel manusia dengan selamat.

  

Kumpulan ini juga menerima pensijilan ISO 9001:2015, ISO 15189:2014 dan ISO 17025:2017 di bawah Sistem Pengurusan Bersepadu.

Malaysian Genomics Resource Centre adalah syarikat peneraju genom dan biofarmaseutikal berpangkalan di Asia Tenggara. Kumpulan ini ditubuhkan pada 2004 dan disenarai di Bursa Malaysia pada 2010. 

Discussions
22 people like this. Showing 5 of 5 comments

razak288

Baik MGRC, keep it up please!

2022-04-04 16:38

MHAB1990

yesss congratzz on the award!!

2022-04-04 16:45

rockyrambu

Wow, looking good, i guess my decision was correct to put my trust in MGRC!

2022-04-04 17:04

sankarnotsankar

Interesting..this company is definitely going somewhere huh

2022-04-04 17:12

Deeraj88

Great Job MGRC!

2022-04-04 17:16

Post a Comment