MY Corporate Updates

Caely Holdings Bhd Berusaha Agar Pembekuan Akaun Banknya Ditamatkan

kfcmailman
Publish date: Wed, 20 Apr 2022, 06:30 PM

Caely Holdings Bhd Berusaha Agar Pembekuan Akaun Banknya Ditamatkan

KUALA LUMPUR (20 APR)CAELY HOLDINGS BHD (Caely), pengeluar domestik utama pakaian dalaman wanita, mengambil maklum mengenai perintah pembekuan semua akaun bank Kumpulan itu dan mahu memberi jaminan kepada semua pemegang saham bahawa langkah-langkah sedang diambil bagi memastikan perniagaan dapat diteruskan dan memiliki daya tahan.


Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Caely Encik Lim Chee Pang

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Caely Encik Lim Chee Pang berkata, “Melepaskan pembekuan atau sebahagian bank akaun merupakan keutamaan besar kami. Kami berusaha melakukan semua kaedah bagi menyelesaikan masalah ini kerana kami perlu memastikan operasi perniagaan boleh berjalan.’’

“Kami perlu menjawab kepada pemegang saham mengenai cara perniagaan ini dijalankan. Lembaga Pengarah memantau situasi ini dengan teliti dan bekerja bersama-sama pihak pengurusan untuk melepaskan pembekuan bank akaun.’’

"Kami mengesahkan bahawa kami sudah berhubung dengan pihak berkuasa dan bersedia memberikan apa sahaja kerjasama atau bantuan yang diperlukan bagi menyelesaikan perkara ini," kata Lim.

Pada tahap ini, pihak pengurusan masih menilai impak daripada perintah pembekuan bank akaun. ‘’Kami sedang berusaha untuk langkah seterusnya, yang merangkumi langkah-langkah untuk memastikan operasi harian tidak terjejas. Kehidupan kakitangan Caely serta pembekal dan vendor juga tergugat,’’ kata Lim.

Kumpulan juga memahami kebimbangan para pemegang saham dan berusaha seberapa pantas yang boleh untuk menyelesaikan sebarang isu berbangkit akibat pembekuan bank akaun dan akan membuat pengumuman yang perlu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad bila dan ketika terdapat perkembangan baharu.

 

 

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment