MY Corporate Updates

G3 Global Berhad Dan Rakan Kongsi China Kekal Komited Untuk Melanjutkan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia

kfcmailman
Publish date: Mon, 25 Apr 2022, 06:58 PM

G3 Global Berhad Dan Rakan Kongsi China Kekal Komited Untuk Melanjutkan Blueprint Ekonomi Digital Malaysia

Pihak terbabit mengulangi komitmen mereka untuk bersama-sama meneroka dan bekerjasama dalam projek AI & IT berskala besar di Malaysia

 

KUALA LUMPUR (25 Apr) G3 GLOBAL BERHAD (G3), pembangun kecerdasan buatan (AI) dan penyelesaian berasaskan teknologi maklumat (IT) yang lain untuk pelbagai industri, kekal komited kepada visi Memorandum Persefahaman (MoU) dengan SenseTime Group Ltd (SenseTime) dan China Harbour Engineering Company Ltd (CHEC) untuk membangunkan Taman AI.

MoU yang ditandatangani pada 26 April 2019 itu tamat pada hari ini.


Pengarah Urusan G3 Global Berhad Dirk Quinten

Pengarah Urusan G3, En. Dirk Quinten, berkata, “G3 akan terus memberi tumpuan kepada AI dan penyelesaian berasaskan IT yang lain untuk mengembangkan perniagaan. Pihak-pihak dalam MoU menyatakan bahawa landskap untuk pembangunan Taman AI yang dirangkakan pada awalnya telah berubah dan projek itu mungkin perlu dilaksanakan dalam bentuk baharu.”

“G3 serta SenseTime dan CHEC kekal berminat untuk bekerjasama dalam projek AI & IT berskala besar yang mampan dalam jangka panjang. Kami telah meneroka dan membincangkan konsep yang memanfaatkan kekuatan dan kepakaran masing-masing, sambil pada masa yang sama mempertimbangkan pelan hala tuju AI dan kedudukan strategik Malaysia.”

Syarikat akan membuat pengumuman yang perlu kepada Bursa Malaysia Securities Berhad apabila terdapat perkembangan lanjut mengenai perbincangan ini.

 

 

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment