Update

SPRITZER MENERIMA ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA KALI KE-9 BERTURUT-TURUT

MHAB1990
Publish date: Fri, 08 Dec 2023, 05:34 PM

SPRITZER MENERIMA ANUGERAH PENJENAMAAN DUNIA KALI KE-9 BERTURUT-TURUT

Jenama air mineral semula jadi terkemuka Malaysia diberi penghormatan dalam kategori air


KUALA LUMPUR/TAIPING, 8 DISEMBER 2023SPRITZER Bhd dengan bangganya mengumumkan kemenangan kesembilan berturut-turut dalam bahagian minuman kebangsaan, kategori air, di Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2023. Anugerah berprestij itu, disampaikan di Kensington Palace, London malam tadi, mengiktiraf komitmen Spritzer terhadap kecemerlangan, kualiti dan kelestarian.

Anugerah Penjenamaan Dunia – Jenama Terbaik 2023-2024 mempamerkan kecemerlangan lebih 3,500 jenama yang mewakili lebih daripada 45 negara.

Di antaranya, hanya 250 jenama yang diisytiharkan sebagai pemenang, merangkumi pelbagai kategori pada tiga peringkat terkemuka - global, serantau dan, nasional.


Dari kiri, Richard Rowles, Pengerusi The World Branding Forum dan Ketua Perhubungan Awam Spritzer Winnie Chin.


Ketua Perhubungan Awam Spritzer Winnie Chin berkata, “Anugerah ini merupakan bukti kualiti luar biasa air mineral kami yang kaya dengan silika. Ia adalah penghormatan yang dimungkinkan oleh sokongan tidak berbelah bahagi daripada pengguna setia kami, pembekal yang boleh dipercayai dan rakan kongsi perniagaan yang dihargai.”

Proses penilaian teliti anugerah itu terdiri daripada penilaian jenama (30%), pengundian dalam talian awam (30%) dan penyelidikan pasaran pengguna (40%).

Satu anugerah kebangsaan diberikan kepada setiap jenama dalam setiap kategori produk atau perkhidmatan, mewakili negara-negara yang mengambil bahagian.

The World Branding Forum adalah sebuah pertubuhan amal yang berdedikasi untuk menghasil, mengurus, dan menyokong pelbagai program merangkumi penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengiktirafan, rangkaian dan kerjasama projek rintis.

Air mineral semulajadi Spritzer yang kaya dengan silika berasal dari akuifer bawah tanah di tapak yang bersih seluas 400 ekar di Taiping, Perak, Malaysia, bersebelahan dengan hutan hujan tropika. Syarikat ini berkomitmen untuk menyampaikan kualiti terbaik kepada pengguna dan juga aktif dalam memperjuangkan inisiatif komuniti.

Related Stocks
Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment