Update

AmanahRaya REIT mengalu-alukan Kolej Universiti ALFA sebagai Penyewa Jangka Panjang

MHAB1990
Publish date: Thu, 18 Jul 2024, 04:18 PM

AmanahRaya REIT mengalu-alukan Kolej Universiti ALFA sebagai Penyewa Jangka Panjang


Kuala Lumpur, 18 Julai 2024 AmanahRaya Real Estate Investment Trust (“AmanahRaya REIT”) hari ini mengumumkan bahawa Pemegang Amanahnya, Pacific Trustees Berhad, telah menandatangani perjanjian penyewaan jangka panjang dengan ALFA International College Sdn Bhd (“ALFA”) untuk hartanahnya di Subang Jaya, Selangor.


Caption L-R: Hawa Darlida Bt. Abd Azis, Manager, Group Legal & Compliance of Pacific Trustees Berhad, George Cheah Ken-Lee, Director of Pacific Trustees Berhad, YM Tunku Rozita Tunku Abdul Malek, Managing Director of AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn Bhd, Dr Shaharuddin B. Mohd Satha, Chairman of ALFA International College Sdn Bhd, Fairuz B. Kamarulzaman, Managing Director of ALFA International College Sdn Bhd


Perjanjian dengan ALFA bertepatan dengan tamatnya perjanjian penyewaan dengan Kolej Segi pada 28 Februari 2024. Ini menandakan satu lagi pencapaian penting bagi AmanarahRaya REIT dalam usahasama dengan institusi terkenal dengan program seni cemerlang yang berada di antara institusi pendidikan pilihan di Malaysia.

Perjanjian penyewaan dengan ALFA merangkumi tempoh sewaan selama 18 tahun pada pengaturan sewaan bersih dan dijangka mula beroperasi pada suku keempat tahun ini.

Hartanah ini terletak di kawasan perniagaan komersial Subang Jaya di USJ1, kira-kira 15 kilometer barat daya pusat bandar Kuala Lumpur. Ia mempunyai bangunan 12 tingkat yang dibina khas untuk tujuan pendidikan dan adalah  pegangan bebas.



Pengarah Urusan AmanahRaya Kenedix REIT Sdn Bhd yang merupakan Pengurus kepada AmanahRaya REIT, Yang Mulia Tunku Rozita, berkata, 'kami sangat teruja untuk mengalu-alukan ALFA sebagai penyewa jangka panjang baharu kami. Reputasi mereka sebagai institusi pendidikan yang berkualiti adalah sejajar dengan visi kami. Kami yakin  ia akan menyumbang dengan ketara kepada kejayaan hartanah ini serta meningkatkan pendapatan harta bersih AmanahRaya REIT. Hartanah itu dijangka menjana aliran pendapatan yang konsisten dengan pengembalian sewa positif setiap 3 tahun, yang akan memberi manfaat kepada Pemegang Unit.

Tunku Rozita menambah, ‘kami ingin terus mengekalkan aset tersebut sebagai asas pendidikan dan sumbangan kepada elemen social serta pada masa yang sama melaksanakan strategi pengagihan semula aset untuk meningkatkan Agihan Seunit (DPU) dan harga saham kami, masing-masing.’


Caption L-R: Hawa Darlida Bt. Abd Azis, Manager, Group Legal & Compliance of Pacific Trustees Berhad, George Cheah Ken-Lee, Director of Pacific Trustees Berhad, YM Tunku Rozita Tunku Abdul Malek, Managing Director of AmanahRaya Kenedix REIT Manager Sdn Bhd, Dr Shaharuddin B. Mohd Satha, Chairman of ALFA International College Sdn Bhd, Fairuz B. Kamarulzaman, Managing Director of ALFA International College Sdn Bhd


Sehingga kini, AmanahRaya REIT menyelia portfolio merangkumi 11 hartanah di seluruh negara, meliputi sektor pendidikan, pejabat, perindustrian, peruncitan, hospitaliti dan kesihatan.

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment