MY Corporate Updates

Ni Hsin Tandatangan Perjanjian OEM dengan Tailg kenderaan Dua Roda Elektrik

kfcmailman
Publish date: Wed, 23 Mar 2022, 01:58 PM

Ni Hsin Tandatangan Perjanjian OEM dengan Tailg kenderaan Dua Roda Elektrik

KUALA LUMPUR (23 Mac) – Ni Hsin EV Tech Sdn Bhd (NH EV TECH),  anak syarikat milik penuh  syarikat yang disenaraikan di pasaran utama, Ni Hsin Group Berhad (Ni Hsin), hari ini melakukan perjanjian Original Equipment Manufacturing Agreement (Perjanjian OEM) dengan Dongguan Tailing Motor Vehicle Co., Ltd. (TAILG) bagi pembuatan eBixon EV Bike.

Di bawah Perjanjian OEM, TAILG akan membuat eBixon EV Bikes dan menghantarnya sebagai komponen separa siap pasang (SKD) termasuk alat gantian dan perisian manakala NH EV TECH akan memasang dan menguji serta melakukan kawalan kualiti dan mewartakan kenderaan elektrik dua roda itu di Malaysia.

NH EV TECH dan TAILG pada 14 Oktober 2021, telah memeterai perjanjian pembangunan produk untuk membangunkan kenderaan elektrik dua roda beradasarkan kepada model TAILG sedia ada, Model D-80 untuk tujuan komersial. Berikutan kejayaan pembangunan prototaip ini, pihak berkenaan akan meneruskan dengan pembuatan kenderaan dua roda untuk komersial, yang disahkan oleh Suruhanjaya Ekonomi Eropah (ECE), Standard Malaysia 2413 (MS2413) dan Kelulusan Jenis Kenderaan (VTA) dari Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.


Khoo Chee Kong, Pengarah Urusan NH EV Tech

Encik Khoo Chee Kong, Pengarah Urusan NH EV Tech, berkata, “Penerokaan kami ke dalam perniagaan e-mobiliti adalah sejajar dengan komitmen Kumpulan ini untuk mencari peluang di bawah kriteria kelestarian  ESG. Penerokaan ini semakin menampakkan hasil dengan Perjanjian OEM dan lesen pembuatan daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang diperoleh pada Oktober 2021.  

“eBixon EV Bike akan diguna sebagai mesin minuman mudah alih propietari di konsep perniagaan  BLACKBIXON Coffee di cafe@anywhere, yang menghidangkan kopi BLACKBIXON kepada pelanggan kami di pelbagai lokasi di bandar-bandar di seluruh negara. Kami juga akan membangunkan model perniagaan untuk penghantaran akhir melalui eBixon EV Bike. Pelancaran eBixon EV Bike dijangka dilancarkan pada suku ketiga 2022. Kami mensasarkan untuk menghasilkan 1,000 unit eBixon EV Bikes untuk tahun pertama.”

“Kami juga mensasarkan untuk menjual 50,000 unit eBixon EV Bikes di Asia Tenggara dalam masa tiga tahun memandangkan permintaan ke atas kenderaan EV dua roda di wilayah ini dijangka meningkat dalam masa tiga ke 10 tahun, melepasi Eropah dan Asia Timur. Pertumbuhan ini disokong oleh pasaran e-dagangan di wilayah ini, yang bernilai AS$2.53 bilion pada 2022 dan dijangka mencatat kadar pertumbuhan kompaun purata sebanyak 20.6% dalam tempoh lima tahun sehingga 2027 menurut data Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa.”

#EV #EVBikes #eBixon #Nihsin #nihsingroupberhad #tailg

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment