MY Corporate Updates

G3 Global peroleh persetujuan pemegang saham untuk usaha niaga penjagaan kesihatan, tiga resolusi lain

kfcmailman
Publish date: Fri, 08 Apr 2022, 01:52 PM

G3 Global peroleh persetujuan pemegang saham untuk usaha niaga penjagaan kesihatan, tiga resolusi lain

KUALA LUMPUR (8 Apr) - Pakar Kecerdasan Buatan, G3 Global Berhad (G3) telah mengukuhkan penerokaannya ke dalam perniagaan Penjagaan Kesihatan margin tinggi - bermula dengan penjualan kit ujian COVID-19 - selepas ia menerima kelulusan daripada para pemegang sahamnya hari ini. Menerusi Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) secara maya, para pemegang saham juga meluluskan panggilan tunai untuk mengembangkan bahagian Penjagaan Kesihatan dan ICT; had yang lebih tinggi untuk menerbitkan saham baharu; dan penglibatan dalam urus niaga pihak berkaitan (RPT).


Mr. Dirk Quinten, Pengarah Urusan G3 Global Berhad

Empat resolusi telah dibentangkan pada EGM, yang kesemuanya mendapat kelulusan oleh pemegang saham mengundi. Resolusi pertama mengenai cadangan kepelbagaian ke dalam perniagaan berkaitan penjagaan kesihatan, manakala resolusi kedua mengenai cadangan penempatan persendirian sehingga 432,849,300 saham biasa baharu atau 20% daripada jumlah saham terbitan G3. Saham baharu itu akan diterbitkan kepada pelabur bebas pihak ketiga yang mana akan dikenal pasti pada peringkat seterusnya, dan dana yang diperoleh akan digunakan untuk mengembangkan perniagaan Penjagaan Kesihatan dan ICT G3.

Di samping itu, resolusi ketiga adalah mengenai meningkatkan had kuasa untuk memperuntukkan dan menerbitkan saham daripada 10% kepada 20%, manakala resolusi keempat mencadangkan mandat pemegang saham baharu untuk RPT berulang.

Mr. Dirk Quinten, Pengarah Urusan G3 Global Berhad berkata: “Kelulusan kukuh yang kami terima daripada para pemegang saham hari ini menunjukkan keyakinan mereka terhadap pengurusan dan hala tuju perniagaan strategik Kumpulan. Melangkah ke hadapan, G3 akan mengembangkan jejaknya dalam segmen Penjagaan Kesihatan dengan memanfaatkan teknologi daripada rakan kongsi kami, iaitu SenseTime dan Bestinet Group, sambil kami berusaha untuk menjadi lebih daripada sekadar pembekal kit ujian. Kami juga sedang meninjau untuk menyediakan perkhidmatan sokongan penjagaan kesihatan yang dipacu teknologi kepada hospital awam dan swasta tempatan dan ini akan menawarkan aliran pendapatan berulang yang baik untuk Kumpulan.

Mengenai pelaksanaan penempatan persendirian, kami sudah mempunyai beberapa pihak yang menyatakan minat mereka terhadap G3 sebagai syarikat peneraju Kepintaran Buatan yang menyokong sektor penjagaan kesihatan. Bakal pelabur yakin dengan cadangan nilai yang boleh dibawa oleh G3, terutamanya selepas pengambilalihan Bestinet Healthcare Sdn Bhd tahun lepas.”

G3 mengambil alih 51% pegangan ekuiti dalam Bestinet Healthcare pada 8 September 2021. Aktiviti utama Bestinet Healthcare adalah terutamanya berkaitan dengan farmaseutikal dan ubat-ubatan & produk kesihatan. Pegangan saham dalam Bestinet Healthcare akan membantu meningkatkan pendapatan G3 dan membolehkannya meneroka peluang perniagaan tambahan pada masa hadapan. Kumpulan juga akan memanfaatkan keupayaan Kecerdasan Buatan dalaman untuk menginovasi produk dan perkhidmatan baharu untuk perniagaan penjagaan kesihatan.

 

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment