MY Corporate Updates

Malaysian Genomics Resource Centre Berhad Menyokong Inisiatif Ramadan Yayasan Seri Negara

kfcmailman
Publish date: Fri, 29 Apr 2022, 03:26 PM

Malaysian Genomics Resource Centre Berhad Menyokong Inisiatif Ramadan Yayasan Seri Negara

PETALING JAYA (28 Apr) Malaysian Genomics Resource Centre Berhad (Malaysian Genomics; Bursa: MGRC, 0155), pakar genomik dan biofarmaseutikal terkemuka, berbesar hati menyokong program Ihya Ramadan 2022 Yayasan Seri Negara (YSN) melalui sumbangan wang untuk membantu golongan yang memerlukan.


Dari kiri: Dato’ Seri Mazlan Lazim, Penaung Yayasan Seri Negara dan Azri Azerai, Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics Resource Centre

Program Ihya Ramadan 2022 akan diadakan di beberapa lokasi di seluruh negara membabitkan majlis berbuka puasa dan pemberian bantuan kewangan kepada anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan.

Azri Azerai, Pengarah Eksekutif Malaysian Genomics, berkata, “Kami gembira dan berbesar hati dapat membantu YSN dalam program Ihya Ramadan 2022 mereka. Walau tidak banyak tetapi cukup bemakna, dan kami mahu melakukan bahagian kami dalam meringankan beban mereka yang memerlukan seperti anak-anak yatim dan mereka yang kurang bernasib baik.”

Bantuan tunai Malaysian Genomics akan diagihkan kepada anak-anak yatim dan golongan kurang berkemampuan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam semasa program Ihya Ramadan 2022 yang diadakan di lokasi pada 27 April 2022 jam 6 petang.

 

 

Discussions
Be the first to like this. Showing 0 of 0 comments

Post a Comment